Wednesday, June 16, 2010

MULTIMETER



Pengenalan :-
Meter pelbagai adalah satu alat yang digunakan dalam kerja-kerja elektrik dan elektronik dimana ia digunakan untuk menguji arus, voltan, rintangan dan menguji keterusan. Arus terbahagi kepada dua iaitu arus terus dan arus ulang-alik.

Meter pelbagai kadang-kadang dinamakan sebagai meter AVO (ampere / ampiar, voltage / voltan dan ohm). Meter pelbagai adalah satu alat yang sangat berguna, sebab itu ia dinamakan meter pelbagai guna.


Terdapat dua jenis multimeter yang terdapat di pasaran iaitu :-

Multimeter jenis analog – meter yang dapat dikawal kerana adanya jarum penunjuk dan terdapat cara kemahiran membaca nilai.

Multimeter Digital – meter yang menunjukkan ukuran dalam bentuk nombor dengan menggunakan ‘Liquid Crystal Display (LCD)’. Kelebihan meter jenis ini adalah ketepatan dalam membaca sukatan atau bacaan.



Langkah-langkah menggunakan multimeter bagi menyukat nilai sesuatu rintangan.

~Laraskan jarum penunjuk pada kedudukan 0 Ohm (sebelah kanan), sebelum melakukan pengukuran untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

~Laraskan suis pemilih julat pada kedudukan ohm.

~Periksa kedudukan jarum pada 0 Ohm (sebelah kiri) dengan membuat pintasan bagi kedua-dua wayar probe.

~Contohnya menguji rintangan bagi satu perintang yang bernilai 470Ω (warna kod bagi perintang adalah kuning, un.gu dan coklat) dan pusingkan suis pemilih julat pada skala X1. Anda akan lihat jarum penunjuk menunjukkan 470 (berhampiran dengan 500). Jadi nilainya adalah 470 X1= 470Ω Ω.

~Manakala, jika suis pemilih julat dipusingkan pada skala X10, maka nilai bacaan yang akan didapati adalah 47 X10=470Ω

No comments:

Post a Comment